Kelas ICT – Microsoft Word (Penanda Buku)
25 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi pada 24 Oktober 2021. Seramai 2 orang peserta yang telah hadir terdiri masing-masing terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tahun 5.
Kelas ICT-Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip selain membiasakan diri menggunakan papan kekunci apabila menaip. Peserta turut diperkenalkan serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group dalam Microsoft Word. Fokus pada kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat pelajar sekolah selain mahir menggunakan komputer disamping mengenali asas perkakas komputer semasa. Peserta dibimbing menghasilkan penanda buku dalam mencuba dan mengetahui setiap fungsi yang terdapat pada Microsoft Word dengan mudah dan menarik.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh penanda buku mereka sendiri di samping mengenali asas dan fungsi penggunan Microsoft Word dalam aktiviti mereka sertai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: