Taklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu
24 April 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.00 pagi – 11.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir adalah 2 orang, masing-masing terdiri daripada seorang suri rumah dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 3.
Maklumat Palsu adalah sesuatu maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah. Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif jika tidak dibendung penyebarannya. Para peserta dibimbing supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi sebarang maklumat terutamanya melalui media sosial. Malah sentiasa memeriksa atau memastikan setiap maklumat yang dikongsi melaui sumber yang sah dah betul. Mereka digalakkan menyemak kesahihan maklumat tersebut melalui portal dan aplikasi SEBENARNYA.MY di laman sesawang atau telefon pintar masing-masing.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan keburukan penyebaran Maklumat Palsu. Peserta dibimbing mengenai langkah-langkah untuk menangani masalah ini agar diri mereka tidak berkongsi maklumat palsu sehingga memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: