Kelas ICT – Microsoft Word
24 April 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ICT-Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 1 jam bermula dari jam 9.00 pagi – 10.00 pagi. Jumlah peserta yang hadir ialah 2 orang masing-masing terdiri daripada suri rumah dan pelajar sekolah menengah Tingkatan 3.
Kursus ini adalah bertujuan untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan asas menaip menggunakan Microsoft Words. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar menggunakan dan mengendalikan asas menaip serta mengenali pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group.
Pada akhir kursus ini para peserta boleh menggunakan Microsoft Word untuk membuat resume serta menghasilkan jadual tugasan sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: