KDB Talk : Pasti ke nak ‘SHARE’?
24 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniTerlebih Kongsi Maklumat atau ‘Oversharing’ berkongsi maklumat peribadi ataupun kendiri secara berlebihan kepada orang ramai di rangkaian media sosial. Umumnya pada masa sekarang capaian internet adalah perkara lazim dalam kalangan masyarakat tidak kira peringkat umur. Akses kepada internet juga semakin mudah di seluruh dunia kerana masing-masing mampu untuk memiliki gadjet elektronik khususnya telefon bimbit sebagai contoh paling sesuai. Maka timbullah masalah berkongsi maklumat secara berlebihan apabila tiada kawalan kendiri yang sepatutnya sehingga orang ramai boleh mengetahui di mana individu tersebut berada apabila diwar-warkan kepada media sosial sehingga mendorong kepada unsur-unsur jenayah kepada individu yang tidak bertanggungjawab atau berniat jahat kepada individu yang terlebih berkongsi maklumat itu.
KDB Talk : Pasti ke nak ‘SHARE’? mengetengahkan tentang bahayanya sekiranya kita terlebih berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya di kongsi di media sosial . Akibat dan juga cara mengawal .
Ikuti live di pautan berikut : https://www.facebook.com/PIKPPRBandariaPark/videos/402595944659315
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: