Taklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Maklumat Palsu telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 3.00 petang sehingga jam 4.00 petang pada 14 Ogos 2021 secara maya menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 7 orang peserta yang hadir terdiri daripada para pelajar tingkatan 6.
Maklumat Palsu merupakan permasalahan yang sering timbul apabila pengguna media khususnya cenderung untuk menyebarkan sesuatu info daripada sumber yang tidak betul sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibatnya. Perkongsian tidak sahih serta tanpa bukti yang sah merupakan gosip, khabar angin, spekulasi atau penipuan semata-mata. Keinginan pengamal media untuk berlumba-lumba untuk berkongsi sesuatu info haruslah memastikan bahawa maklumat yang akan disampaikan adalah dari sumber yang betul ataupun periksa di portal dan aplikasi https://sebenarnya.my/ untuk mengesahkan kesahihannya.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan kepentingan periksa, pastikan, siasat dan bertanya kepada sumber yang betul dan sahih supaya tidak terlibat dengan penyebaran berita palsu sehingga memudaratkan diri atau mengaibkan orang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: