Kelas ICT – Asas Microsoft Word
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 2.00 petang sehingga jam 3.00 petang pada 14 Ogos 2021 secara maya menggunakan aplikasi Google Meet. Seramai 7 orang peserta yang hadir terdiri daripada para pelajar tingkatan 6.
Kelas ICT-Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip menggunakan Microsoft Word. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar dalam mengenali dan mengendalikan asas menaip serta menggunakan pintasan papan kekunci serta memahami fungsi Tab, Ribbon, dan Group. Fokus pada kursus ini adalah untuk membimbing pelajar tingkatan 6 cara yang sesuai menghasilkan penulisan yang betul terutamanya apabila menyiapkan tugasan kerja kursus mereka.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menguasai dan belajar penggunaan asas Microsoft Word dalam tugasan sekolah mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: