Klik Klik dengan Aplikasi CANVA
12 September 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Klik Klik dengan Aplikasi CANVA telah di sertaikan oleh 12 Orang peserta yang terdiri daripada usahawan . Kelas ini di adakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada usahawan khususnya cara-cara untuk membuat sesuatu design yang lebih kreatif dan menarik perhatian.
Canva adalah satu aplikasi atas talian yang percuma untuk pengguna yang ingin membuat pelbagai bentuk Creative Design secara virtual dan atas talian. Pelbagai jenis rekabentuk yang boleh dan mudah dibuat secara dalam talian dan antaranya adalah kad ucapan, poster, brosur, infografik dan lain-lain lagi.
Canva boleh diakses dengan mudah melalui web atas talian atau melalui telefon mudah alih. Sejarah Canva bermula dari tahun 2012, 1hb Januari. Canva dihasilkan oleh Melanie Perkins yang juga telah mewujudkan Fusion Books, penerbit buku ternama di Australia.
Pada tahun pertamanya, Canva melonjak dengan menghasilkan sejumlah 750.000 pengguna. Pada tahun 2017, Canva telah mencapai fasa di mana perusahaan tersebut mendapat keuntungan yang sangat memberangsangkan dan amat positif. Sekarang Canva mempunyai 10 juta pengguna dengan skop capaian sehingga 169 negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: