ICT Class : Microsoft Office PowerPoint
13 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Office PowerPoint telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park, selama 3 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 1.00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 3 orang dan terdiri daripada golongan pelajar sekolah dan kami belajar cara membuat Slaid “My Favourite Food” menggunakan Microsoft Office PowerPoint . Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Teknologi dan Anda turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi pada masa kini dan kebaikan dan keburukan penggunaan teknologi tersebut.
Melalui Kursus Asas Microsoft Power Point para Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Power Point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, dan cara memulakan persembahan slaid. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft power point secara asas untuk membuat Slide pembentangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: