ICT Class : Microsoft Office Word
12 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan PEDi PPR Bandaria Park, selama 2 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Jumlah peserta yang hadir seramai 3 orang dan terdiri daripada golongan pelajar sekolah dan kami belajar cara membuat Kad Ucapan dan juga promosi menggunakan Microsoft Office Word . Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Maklumat Palsu turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia khususnya akan kepentingan untuk menapis atau menyelidik setiap info yang di terima agak kita tidak terjebak untuk menyebarkan berita palsu.
Melalui Kursus Asas Microsoft Word para peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft word seperti berikut; pengenalan microsoft word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan, cara mengubah jarak antara baris, cara membuat senarai berbullet, cara mengubah penjajaran perkataan, cara memasukkan gambar, cara memasukkan jadual, cara memasukkan sempadan halaman, cara menyimpan dokumen. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft word secara asas untuk menaip dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: