Taklimat KDB & Advokasi: Berita Palsu-Tak Pasti Jangan Kongsi
10 November 2021 | Aktiviti TerkiniTaklimat KDB & Advokasi: Berita Palsu-Tak Pasti Jangan Kongsi telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi pada 9 November 2021. Seramai 5 orang peserta telah hadir terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Penyebaran berita palsu semakin berleluasa kini kerana tiada kawalan kendiri oleh pengamal media sosial. Selain itu, terdapat juga pengguna media sosial yang gemar berkongsi serta menyebarkan berita yang diperolehi tanpa usul periksa terlebih dahulu. Setiap berita yang diketahui sepatutnya disemak atau diperiksa kesahihannya sebelum disampaikan kepada pihak lain supaya tidak mendatangkan keburukan pada diri dan orang lain. Sesuatu berita atau maklumat boleh disemak kesahihannya di laman sesawang https://sebenarnya.my/ atau pastikan daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penyampai taklimat menyarankan kepada para peserta agar menyemai kawalan kendiri dalam diri mereka menyebarkan berita yang didapati daripada internet. Peserta turut dibimbing untuk mengenalpasti berita dengan cara yang betul melalui laman sesawang yang disarankan sebelum berkongsi dengan pihak lain supaya tidak memudaratkan diri sendiri akibat padah berkongsi berita yang tidak benar
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: