Kelas ICT – Microsoft Word (Jadual kelas/Jadual Belajar Kendiri)
10 November 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ICT- Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 1 Jam bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi pada 9 November 2021. Seramai 5 orang peserta yang telah hadir merupakan pelajar sekolah rendah.
Kelas ICT-Asas Microsoft Word bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas menaip. Peserta turut diperkenalkan fungsi Tabs dan Ribbon dalam Microsoft Word bagi memahaminya ketika proses menaip. Fokus pada kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas menaip dan menarik minat pelajar sekolah supaya mahir menggunakan komputer disamping mengenali asas perkakas komputer semasa. Peserta dibimbing menghasilkan jadual kelas atau jadual belajar kendiri menggunakan Microsoft Word. Selain itu, mereka turut dibimbing memasukkan imej kesukaan masing-masing dari carian laman sesawang pada jadual yang dihasilkan.
Pada akhir kursus ini, peserta boleh menghasilkan jadual kelas dan jadual belajar kendiri sendiri, selain mengenali asas dan fungsi penggunan Microsoft Word dalam aktiviti mereka sertai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: