Kursus Asas Microsoft Word
21 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 5 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 3:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada seorang pelajar dan seorang suri rumah. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Buli Siber serta Hak dan Tanggung Jawab Warga Digital juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan untuk melaporkan buli siber kepada pihak yang berkaitan kerana ianya merupakan satu jenayah siber.
Melalui Kursus Asas Microsoft Word para peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft word seperti berikut; pengenalan microsoft word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan, cara mengubah jarak antara baris, cara membuat senarai berbullet, cara mengubah penjajaran perkataan, cara memasukkan gambar, cara memasukkan jadual, cara memasukkan sempadan halaman, cara menyimpan dokumen. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft word secara asas untuk menaip dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: