Asas Microsoft Word
15 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Word telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 3 jam bermula dari jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 4 orang dan terdiri daripada golongan pelajar dan kami belajar cara membuat Kad Hari Jadi menggunakan Microsoft Office Word . Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Online Grooming turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan untuk meminimakan penggunakan aplikasi di media social bagi mengelakkan terjadinya benda-benda yang tidak di ingini.
Melalui Kursus Asas Microsoft Word para peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft word seperti berikut; pengenalan microsoft word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan, cara mengubah jarak antara baris, cara membuat senarai berbullet, cara mengubah penjajaran perkataan, cara memasukkan gambar, cara memasukkan jadual, cara memasukkan sempadan halaman, cara menyimpan dokumen. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft word secara asas untuk menaip dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: