Kursus Asas Keusahawanan “Asas Shopee”
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Keusahawanan “Asas Shopee” telah dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi google meets. Kursus ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Kursus ini telah dihadiri 4 orang usahawan yang terdiri daripada golongan wanita. Melalui kursus ini, para peserta belajar cara-cara untuk mula menjual di Shopee.
Topik yang dibincang adalah merangkumi cara-cara persediaan kedai, memasarkan kedai di shopee, menghantar dan menguruskan pesanan, dan menguruskan kewangan daripada penjualan di Shopee. Setelah menghadiri kursus ini, para perserta dapat memahami dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah dipelajari untuk menubuhkan kedai di platform shopee untuk menjual produk perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: