Kursus Asas Grafik Komunikasi ”Adobe Photoshop”
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Grafik Komunikasi ”Adobe Photoshop”telah dijalankan secara langsung atas talian menggunakan aplikasi Streamyard. Kursus ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Berikut adalah pautan kursus secara langsung atas talianhttps://www.facebook.com/pimpprbandariapark/videos/657183068563218
Melalui kursus ini, Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Adobe Photoshop seperti berikut; fungsi Adobe Photoshop, ruang kerja Photoshop, mempamerkan atau menutup tetingkap arahan,sumber untuk mendapatkan imej Photoshop, membuka dan membina kanvas imej baru, membuka fail gambar, mempamerkan ruler, mempamerkan guides, arahan undo, menyimpan fail Photoshop mengunakan arahan save/ save as, jenis-jenis tools, pengenalan istilah Layer, mengasingkan elemen dalam imej mengunakan layer, membina layer baru, membina layer baru mengunakan arahan create new layer, Menyalin layer mengunakan arahan duplicate layer, memasukan elemen ke dalam layer, menyusun elemen dalam layer, menyalin layer yang mengandungi elemen, membuang layer, mengubah kelegapan elemen supaya kelihatan transparent, mengaplikasikan kesan khas dengan mengunakan arahan layer style. Secara keseluruhannnya, modul ini memberikan penerangan mengenai cara-cara pengendalian ruang kerja dan arahan asas yang digunakan dalam Photoshop, pemilihan dan cara-cara penggunaan tools untuk tujuan penyuntingan gambar dan pengurusan layer atau lapisan elemen dalam imej grafik. Kemahiran mengunakan Adobe Photoshop dapat diaplikasi untuk menjana idea kreatif dan dapat digunakan untuk merealisasikan idea secara mutlak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: