Microsoft Office Excel
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Excel telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang, pada tarikh 19 Januari 2020. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada golongan pelajar. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik E-waste dan Penipuan Kewangan di internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan segala penipuan di internet supaya tidak mudah terpedaya dan cara terbaik untuk menghapuskan peranti yang tidak di gunakan sebagai contoh Telefon Bimbit.
Kursus Asas Microsoft Excel adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Selain daripada itu juga para perserta juga telah belajar melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan kerja dengan lebih cepat. Setelah mengikuti kursus ini, peserta diharapkan akan dapat memahami penggunaan asas Excel, memformat sel, lembaran dan buku kerja serta menggunakan formula asas untuk membuat analisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: