Kursus Asas Microsoft Word
12 September 2020 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Internet dan Email telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 2 jam bermula dari jam 02.00 petang hingga jam 04:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada golongan pelajar. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi yang mengetengahkan topik maklumat palsu dan berkongsi secara berlebihan di Internet turut di selitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta akan kepentingan sentiasa berwaspada dalam menggunaan aplikasi di laman sosial.
Kursus Asas Internet dan Email adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai internet dan email. Di dalam kursus ini juga, Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan internet dan Email seperti berikut, iaitu pengetahuan tentang internet, pelayar dan alamat web, memulakan pelayar web, membuat carian menggunakan enjin carian, memuat turun dan menyimpan gambar, mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian, mengetahui tentang Email, cara-cara log in masuk dan log out dari akaun Email. Menggunakan akaun Email untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej, memahami garis panduan keselamatan asas internet.
Pada akhir kursus ini para peserta boleh mengenali internet dan Email dan kegunaannya dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: