Kursus Microsoft Office Excel
25 Februari 2019 | Aktiviti Terkini
Kursus Asas Microsoft Excel telah dijalankan pada 23 & 24 Februari di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 4 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 2:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 6 orang dan terdiri daripada golongan bekerja, dan tidak bekerja. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Teknologi dan Anda + Maklumat Palsu di internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa tidak menyalahgunakan teknologi dan harus bijak dalam menggunakannya.
Kursus Asas Microsoft Excel adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Selain daripada itu juga para perserta juga telah belajar melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan kerja dengan lebih cepat. Setelah mengikuti kursus ini, peserta diharapkan akan dapat memahami penggunaan asas Excel, memformat sel, lembaran dan buku kerja serta menggunakan formula asas untuk membuat analisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: