Microsoft Word (Typing Challenge) with MIV
18 November 2019 | Aktiviti TerkiniModul Asas Komputer menggunakan Microsoft Office Word sekali lagi telah di adakan dengan mengajar modul “Typing Challenge” pada 17 November 2019 di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park. Kelas ini di adakan bermula pada jam 1.00 Petang sehingga 5.00 Petang. Seramai 14 orang kanak-kanak terlibat yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain daripada itu, Semasa Kursus Berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan maklumat palsu juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat terutama kanak-kanak tentang kesan daripada penyebaran maklumat palsu .
Modul ini mengajar peserta untuk membuat Bookmark menggunakan Microsoft Office word dan ianya sekaligus mengasah bakat dan kreativiti peserta . Melalui Kursus Asas Microsoft Ofice Word ini juga para peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan microsoft word seperti berikut; pengenalan microsoft word, cara menaip dan mengubah perkataan, cara mengubah warna perkataan, cara mengubah gaya perkataan, cara membesarkan dan mengecilkan perkataan, cara mengubah jarak antara baris, cara membuat senarai berbullet, cara mengubah penjajaran perkataan, cara memasukkan gambar, cara memasukkan jadual, cara memasukkan sempadan halaman, cara menyimpan dokumen. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft word secara asas untuk menaip dokumen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: