Program Keusahawanan : Kelas Make Up By Anne Emma
18 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Keusahawanan : Kelas Make Up By Anne Emma telah di adakan pada 17 Februari 2019 di Bilik Kursus Pusat Internet PPR Bandaria Park . Seramai 6 orang peserta yang menyertai yang terdiri daripada golongan Belia dan surirumah. Pada program ini turut di selitkan Advokasi & KDB, dengan mengetengahkan topik Mobile e-waste juga Hak & Tanggungjawab Warga Digital.
Topik ini di berikan untuk mengetengahkan kepentingan e-waste dalam kehidupan dan mendedahkan Hak & tanggungjawab individu terhadap dunia digital supaya masyarakat setempat tidak leka. Perkongsian bersama usahawan “Kelas Make up by Anne Emma” menggunakan platform online dalam perkongsian perniagaan di media social. PPR Bandaria Park telah menjemput usahawan yang aktif menggunakan platform untuk berkongsi ilmu kepada usahawan-usahawan yang mula berjinak aktif. Turut di selitkan kelas solekan di mana para peserta seramai 6 orang telah di dedahkan cara solekan yang betul dengan mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: