Kursus Asas Microsoft PowerPoint & Pembentangan Slide
28 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Power Point telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 3 orang dan terdiri daripada golongan pelajar. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Berkongsi Secara Berlebihan di internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya tidak menjadi berkongsi maklumat sebelum di tapis atau di semak kesahihannya.
Melalui Kursus Asas Microsoft Power Point para Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Power Point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, dan cara memulakan persembahan slaid. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft power point secara asas untuk membuat Slide pembentangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: