Kursus Asas Komputer Dan Sistem Operasi
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Komputer Dan Sistem Operasi telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 6 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 4:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada surirumah dan golongan bekerja . Selain daripada itu, Semasa Kursus Berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Check Your Label juga Teknologi dan anda turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya menyemak label gadget yang di beli sama ada selamat di gunakan atau tidak.
Kursus Asas Komputer Dan Sistem Operasi adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai komputer. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan komputer dan sistem operasi seperti mengenali bahagian komputer yang berbeza, fungsi bahagian komputer yang berbeza, cara menghidupkan komputer, mengenal pasti kekunci yang berbeza di papan kekunci, fungsi kekunci di papan kekunci, cara memegang dan menggerakkan tetikus, tahu tentang windows desktop, mengenal pasti bahagian-bahagian window, cara menggunakan butang start dan menu start, cara menggunakan task bar, cara membuat folder dan subfolder, cara mematikan komputer. Pada akhir kursus ini para peserta mampu mengenali bahagian bahagian komputer dan boleh mengenali sistem operasi komputer secara asas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: