Kursus Keusahawanan
10 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Usahawan telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, pada 9 Mac 2019. Jumlah peserta yang hadir seramai 2 orang dan terdiri daripada golongan belia. Selain daripada itu, Semasa Kursus Berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi yang mengetengahkan Topik Berkongsi secara berlebihan + Penipuan Kewangan Di Internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pengguna media sosial supaya sentiasa berwaspada dengan rakan–rakan di media sosial supaya sentiasa peka dengan gadget-gadget yang di miliki dan tidak mudah berkongsi sesuatu dengan kerap.
Kursus Asas Usahawan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan penggunaan laman sosial Facebook Page untuk mempromosikan perniagaan. Selain itu , mengajar dan memberikan pendedahan kepada usahawan untuk membuat dan menggunakan Facebook Page dan juga mengajar peserta menggunakan FB Adds dan Google Adds. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan memahami pekara seperti berikut, iaitu Pengenalan kepada Facebook Page, Cara-cara menggunakan Facebook Page, Asas Copywriting, Cara-cara menggunakan Facebook Adds, dan juga Cara-cara menggunakan Google Adds
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: