Kursus Microsoft Office Excel
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Excel telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang, pada tarikh 23 Mac 2019. Jumlah peserta yang hadir seramai 3 orang dan terdiri daripada golongan bekerja, dan pelajar. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Hak dan tanggungjawab warga digital + Penipuan Kewangan di internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan segala penipuan di internet supaya tidak mudah terpedaya.
Kursus Asas Microsoft Excel adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Selain daripada itu juga para perserta juga telah belajar melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan kerja dengan lebih cepat. Setelah mengikuti kursus ini, peserta diharapkan akan dapat memahami penggunaan asas Excel, memformat sel, lembaran dan buku kerja serta menggunakan formula asas untuk membuat analisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: