Program Kesedaran Dan Latihan Kebakaran
29 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mac 2019, telah berlangsungnya Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran (Firedrill) yang di adakan di Pusat Internet PPR Bandaria Park. Program ini telah di hadiri oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada golongan pelajar, belia, surirumah, dan juga golongan bekerja . Program ini bermula jam 1.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada kakitangan Pusat Internet dan Komuniti PPR Bandaria Park akan langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran.
Turut di selitkan taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) yang bertajuk Pengurusan Risiko Dalam Talian yang mengetengahkan topik Maklumat Palsu , Penipuan Kewangan dan juga Oversharing. Topik ini di dedahkan kepada masyarakat agar masyarakat tidak terlalu percaya dengan setiap maklumat yang di kongsi di media sosial bagi mengelakkan kemungkinan yang bakal berlaku. Oversharing juga perlu kita elakkan bagi menggelakkan scammer mendapat segala maklumat kita tanpa kita sedar.
Taklimat program ini juga turut di selitkan di mana penceramah daripada Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia bahagian Bintulu memberikan taklimat berkaitan kebakaran terutama untuk rumah flat, dan juga taklimat cara penggunaan Pemadam Api (Fire Extinguisher) . Penghujung program, pihak bomba telah mengadakan latihan kebakaran dan mengajar penduduk dan juga kakitangan Pusat Internet cara memadamkan api.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: