Kursus Microsoft Office Excel
22 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Microsoft Excel telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 6 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 4:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 10 orang dan terdiri daripada golongan pelajar, dan surirumah. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Penipuan Kewangan di Internet dan E-waste juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa tidak mudah tertipu dengan penipuan di internet khususnya media sosial dan menitikberatkan e-waste dalam kehidupan.
Kursus Asas Microsoft Excel adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan mengenai aplikasi Microsoft Excel yang akan membantu peserta dalam meningkat tahap prestasi kerja, dan menjalankan kerja seharian dengan lebih cekap dan efisyen. Selain daripada itu juga para perserta juga telah belajar melaksanakan proses hubung kait antara worksheet dan workbook untuk menghasilkan kerja dengan lebih cepat. Setelah mengikuti kursus ini, peserta diharapkan akan dapat memahami penggunaan asas Excel, memformat sel, lembaran dan buku kerja serta menggunakan formula asas untuk membuat analisa
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: