Kursus Asas Internet & Email
11 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniKursus Asas Internet dan Email telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 6 orang dan terdiri daripada golongan belia yang bekerja dan mencari kerja . Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi yang mengetengahkan Topik Check Your Label (CYL) . Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada akan kepentingan untuk menyemak label yang terdapat pada gadget yang kita miliki untuk tujuan keselamatan.
Kursus Asas Internet dan Email adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai internet dan email. Di dalam kursus ini juga, Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan internet dan Email seperti berikut, iaitu pengetahuan tentang internet, pelayar dan alamat web, memulakan pelayar web, membuat carian menggunakan enjin carian, memuat turun dan menyimpan gambar, mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian, mengetahui tentang Email, cara-cara log in masuk dan log out dari akaun Email. Menggunakan akaun Email untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej, memahami garis panduan keselamatan asas internet.
Pada akhir kursus ini para peserta boleh mengenali internet dan Email dan kegunaannya dalam kehidupan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: