Kursus Asas Microsoft Power Point
3 November 2018 | Aktiviti Terkini
Kursus Asas Microsoft Power Point telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 7 jam bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 5 orang dan terdiri daripada golongan pelajar, suri rumah dan bekerja. Selain daripada itu, Semasa kursus berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) yang mengetengahkan topik Buli Siber di internet juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya tidak menjadi mangsa buli siber di internet.
Melalui Kursus Asas Microsoft Power Point para Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Microsoft Power Point seperti berikut; cara mencipta pembentangan baru, cara membuat gambar dengan pelbagai reka letak, cara menyunting gambar, cara menggunakan templat reka bentuk untuk slaid, cara memasukan gambar dan clip art ke dalam slaid, cara memasukkan jadual dalam slaid, cara menggunakan animasi, cara menyimpan pembentangan, dan cara memulakan persembahan slaid. Pada akhir kursus ini para peserta yang telah menghadiri kursus telah boleh menggunakan perisian Microsoft power point secara asas untuk membuat slaid pembentangan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: