Kursus Asas Photoshop
7 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini
Kursus Asas Photoshop telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Bandaria Park, selama 8 jam bermula dari jam 09:00 pagi hingga jam 5:00 petang. Jumlah peserta yang hadir seramai 9 orang dan terdiri daripada golongan pelajar ikm Bintulu, usahawan dan bekerja. Selain daripada itu, Semasa Kursus Berlangsung, aktiviti sokongan Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi yang mengetengahkan Topik Online Gromming juga turut diselitkan. Hal ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pengguna media sosial supaya sentiasa berwaspada dengan rakan–rakan di media sosial supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.
Kursus Asas Photoshop adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan asas mengenai rekaan grafik berkomputer dengan penggunakan perisian Adobe Photoshop. Di dalam kursus ini juga, peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Adobe Photoshop seperti berikut; pengenalan dan sejarah adobe photoshop, fungsi adobe photoshop, ruang kerja photoshop, mempamerkan atau menutup tetingkap arahan, sumber untuk mendapatkan imej photoshop, membuka dan membina kanvas imej baru, membuka fail gambar, mempamerkan gambar mengikut saiz pixel sebenar, mempamerkan ruler, mempamerkan guides, arahan undo, menyimpan fail photoshop mengunakan arahan save/ save as, jenis-jenis tools, filter untuk kesan khas, kesan khas pada tipografi dengan menggunakan arahan warp text, pengenalan istilah layer, mengasingkan elemen dalam imej mengunakan layer, membina layer baru, membina layer baru mengunakan arahan create new layer, menyalin layer mengunakan arahan duplicate layer, memasukan elemen ke dalam layer, menyusun elemen dalam layer, menyalin layer yang mengandungi elemen, membuang layer, mengubah kelegapan elemen supaya kelihatan transparent, mengaplikasikan kesan khas dengan mengunakan arahan layer style, menggabungkan layers, menggabungkan layer menggunakan arahan merge down/merge layers. Pada akhir kursus ini para peserta boleh menggunakan perisian adobe photoshop secara asas untuk menghasilkan rekaan grafik berkomputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: